Thursday, 15 October 2015

 JANJI


Janjii...
Along janjii dengan abah satu benda boleh??..janjii dengan abah,jaga diri elok-elok...
Abah sanggup jadi papa kedana asalkan anak-anak abah tak papa kedana dgn ilmu...
Aku ingat lagi saat pertama kali aku membuat keputusan utk ke matrikulasi..Ade air mata yang mengalir,memeluk aku dengan erat. Dengan ungkapan sebaris ayat itu membuatkan bibir aku kelu tanpa madah ''Abah tak sanggup utk berjauhan dengan anak-anak abah,,abah tak boleh hidup tnpa anak2x abh di sisi''..
Ya,,dengan sebaris ayat itulah membuatkan aku terheret ke sini... (universiti Malaysia Terengganu)
Tapi tak mengapa,,Allah telah mengaturkan sebuah perjalanan yg mengibrahkan jiwa,,mematangkan sanubari..
Kerana dia Waliku,,
Sekali aku sayang,,Aku akan tetap sayang sampai syurga,
Dia tidak pernah mengecewakanku,
Malah lebih dari cukup,
Kerana dia Waliku,
Merdu suaranya melaungkan azan dan iqamat di cuping telingaku masih kedengaran
Bila pertama kali aku di hantar ke dunia melalui seorang ratu hati yang cukup sempurna...
Kini,jika dlm sehari tidak mendengar lunaknya suara mu,aku akan jadi sasau sendiri..
Betapa hebatnya kau masuk ke dalam jiwa aku,,mencuri hati aku dalam diam..
Ya,,dengan banggaNya kelak aku ingin menjadi saksi di hadapan Pencipta Cinta kita kelak bahawa kau wali terbaik yang di pinjamkanNya...
Akan ku ikat hatimu dan hatiku dengan untaian doa agar kau dan aku
Dapat berpimpin tangan ke syurgaNya.

Abah akan selalu menjadi inspirasi terindah dalam kamus hidup along.....