Kadang-kadang hidup ini penuh dengan kejutan.Sometimes,sesuatu yang tak dijangka tulah yang akan terjadi dalam hidup kita. Ini kerana,Perancangan Allah s.w.t itu lebih baik daripada perancangan kita.Yang kita rasakan terbaik itu tak semestinya baik dan kadang-kadang yang dirasakan baik itulah yang terbaik untuk kita.Dalam mengambil apa-apa keputusan Doa tulah yang penting sebab doa tu senjata bagi orang mukmin..
Aku juga pernah mengalami delema dalam membuat keputusan.Hati ini terbelah bahagi.Namun hanya doalah yang menjadikan aku kuat untuk terus melangkah.Aku ingat lagi,time tu lepas keluar result SPM hati ini terbelah bahagi sama ada nak ke matrikulasi ataupun ke UMT (Universiti Malaysia Terengganu).Ikutkan perancangan aku dan kawan-kawan,kami nak sambung belajar ke matrikulasi lepas spm dan alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat ke matrikulasi Kedah di Changlun.Memang time tu,kami nak pergi sangat-sangat memandangkan ramai antara kawan-kawanku yang dapat Matrikulasi yang sama dengan aku.Namun,abahku lagi menggalakkan aku untuk ke UMT.Aku tak tahu nak pilih yang mana!..antara keinginan dan hasrat!??..Yang mana aku patut pilih?..Aku takut pilihan yang aku buat boleh menggadaikan masa depan aku.Betulkah pilihan ni??...Hanya istikarahlah yang menjadikan aku kuat dan yakin.
Akhirnya dalam keterpaksaan aku mengambil keputusan untuk ke UMT.Aku harap keputusan yang aku ambil ni betul.Dalam pada masa yang sama,aku sedikit terkilan melihat kawan-kawan baikku melanjutkanpelajaran ke sana tapi cepat-cepat aku tepis.Hidup perlu diteruskan,langkah kaki untuk menuntut ilmu dijalan Allah s.w.t harus dimulakan.Aku bangkit dengan semangat baharu walaupun hati ni masih lagi terluka dengan keputusan ini.Aku cuba menguatkan semangat,menjadi seorang yang sentiasa optimis dan bersangka baik kepada Allah s.w.t serta mengikhlaskan hati dengan keputusan ini.
Dan akhirnya,aku sudah mula menerima keputusan ini sedikit demi sedikit.Tak kiralah dimana-mana pun kita belajar,niat kita cuma satu untuk menuntut ilmu dijalan Allah s.w.t.Ilmu dibumi Allah ni sangat luas.Terokailah ia.Kadang-kadang Allah s.w.t mencampakkan kita disesuatu tempat itu bersebab,ada hikmah disebaliknya.Lihatlah dengan mata hati.Dan sekarang aku nampak hikmah yang tersembunyi disebalik perancangan-NYA itu.Sungguh Indah dan menakjubkan.Alhamdulillah.
Pejam celik,,,pejam celik,,dah habis sem satu aku di UMT.Sekejap jee masa berlalu!.Walaupun aku belajar ditempat kelahiran aku Terengganu tapi ini merupakan memori yang sangat indah dan tersembunyi sejuta hikmah.Dalam hidup ini,kadang-kadang Allah s.w.t tak bagi apa yang kita inginkan tapi dia bagi apa yang kita perlukan.Bersangka baiklah pada-Nya.
-salam sayang-
No comments:
Post a Comment