Saturday, 23 November 2013

Indahnya Jalan Dakwah



         Hatiku terdetik untuk benar-benar mengenali bidang dakwah semenjak aku melangkah kaki kealam sekolah menengah (tingkatan satu).Aku tertarik dengan keindahannya.Semangat ini semakin berkobar apabila aku ditempatkan di kelas Bahasa Arab.Alhamdulillah ,aku diberi kesempatan untuk mempelajari bahasa syurga.Dan sejak daripada itu,aku jatuh cinta terhadap dunia dakwah.Walaupun pada usia semuda itu,aku tahu ilmu ini masih lagi cetek,tapi dengan sentiasa mendekati,mempelajari sesuatu daripada ustaz dan ustazah di sekolah, jalan itu terbuka dan menjadi mudah bagiku.Alhamdulillah.
          Bidang ini juga membolehkan aku menimba banyak ilmu.Sentiasa belajar,belajar dan belajar.Aku juga dapat mempelajari sesuatu daripada pengalaman sahabat-sahabatku.Pengalaman mereka telah menjadikan diri ini semakin matang dalam menilai yang mana permata ataupun kaca.Walaupun aku,bukan berasal daripada sekolah agama tapi bagi  aku jalan dakwah tu adalah satu tanggungjawab yang harus kita pikul sebagai seorang muslim.
            Daripada mereka juga aku tahu apa itu makna kehidupan.Penuh dengan cabaran,penuh dengan liku-liku dan dengan adanya kekuatan yang membara,sentiasa positif dalam hidup,insyaAllah kita mampu mengharungi jalan itu.Ada juga,diantara sahabat-sahabatku berkongsi masalah,meminta nasihat daripadaku.Aku tahu diri ini belum cukup baik  untuk mentarbiyah tapi dengan ilmuku yang sedikit ini,aku akan kongsi dan sampaikan apa yang aku tahu.Berada di kelas aliran arab,membolehkan aku mentarbiyah diri ini agar menjadi lebih baik,sentiasa belajar,belajar dan belajar..Disebabkan penampilan aku yang bertudung labuh,sahabat-sahabat akan mencari aku jika membabitkanpersoalan berkaitan dengan soal agama  dan disebabkan itulah aku sentiasa belajar,menimba ilmu menerusi buku-buku ilmiah dan juga para ustaz dan ustazah disekolah.Aku tahu diri ini belum cukup baik tapi aku akan berusaha menjadi yang terbaik.
            Jalan dakwah ni,penuh dengan cabaran tapi disebalik cabaran itulah kita akan dapat sesuatu yang berharga.Pahit pada mulanya dan manis pada akhirnya..Siapa lagi nak menghidupkan jalan dakwah kalau bukan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini???...Cuba kita Tanya balik diri kita,apa tujuan kita yang sebenarnya hidup di muka bumi Allah s.w.t ini???..Adakah untuk menikmati dunia ni semata-mata??..Ingatlah wahai diri ini dan juga para sahabat ,dunia ini hanyalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi..Jadi fokus apa yang kita mahukan dalam hidup ini.Dalam dakwah,aku berpegang pada kata-kata ustaz Pahrol Muhammad Juoi.Sangat menyentuh hati.
                               Berusaha memperbaiki diri disamping menyeru orang lain,
                               Kerana berusaha menjadi lebih baik,
                               Walaupun belum baik adalah,
                               Lebih baik daripada tidak berusaha,
                               Lansung…
                               Dengan berdakwah belum tentu,
                               Kita menjadi orang yang baik,
                               Tetapi dengan meninggalkannya sudah tentu,
                               Kita akan menjadi orang yang jahat..
Jadi buat diri ini,marilah kita sama-sama mentarbiyah diri kita…JOMMMM!!!!...

             Semasa berada di tingkatan 5,diri ini telah diberikan amanah untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi  Kelab Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab.Dan pada ketika inilah pelbagai cabaran yang aku tempuhi,diuji dengan pelbagai ujian..Tapi ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus menyambung  perjuangan rasululluallah s.a.w.Aku bersama rakan-rakan dan juga Panatia pendidikan islam disekolahku berusaha  meyampaikan dakwah melalui artikel.Dan artikel-artikel tu,akan ditampalkan disetiap kelas.Ku harap dengan cara begini hati mereka akan tersentuh walaupun sedikit..

             Dan Alhamdulillah,di Universiti ini aku diberikan amanah sekali lagi untuk meneruskan perjuangan dakwahku.Allah s.w.t telah memilihku untuk menjadi salah seorang sahabat masjid di sini.Aku berharap diri ini akan terus ditarbiyah dan mentarbiyah..AMIN2X……


                                   

     
                   
                           
Ni time taaruf bersama sahabat masjid
yang lain..Sangat menyeronokkan.
ukhwah fillah...InsyaAllah...
Bersama sahabat-sahabat masjid
muslimat...
Ni antara sahabat masjid muslimin yang hadir masa
sesi taaruf hari tu..

Alhamdulillah yang tidak terhingga ku panjatkan kepada Allah s.w.t kerana memberikan kepadaku kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadanya.Syukur juga kerana Allah s.w.t telah menghadirkan rasa cinta terhadap dunia dakwah ini ke dalam hatiku...Moga diri ini terus diberikan kekuatan untuk terus mentarbiyah dan dan tidak lupa juga ditarbiyah....

Dan ingatlah wahai diri ini dan juga para sahabat 
Bahawa Imam Hassan Al-Basri ada berkata ;

''Jangan pula kamu merasa tenteram dari bahaya
dosa-dosa yang kamu lakukan,kerana 
sesungguhnya kamu tidak mengetahui
apakah Allah mengampuni dosa-dosa 
kamu tersebut atau tidak"..

Waallahualam...
 


Monday, 18 November 2013

Umpama Sekuntum Bunga

                              


        Hidup ini umpama sekumtum bunga,cantik dan harum apabila benyawa tapi tidak berguna lagi apabila tiba musim gugur.Begitu juga dengan hidup ini,selagi kita benafas,kita akan berguna kepada sesiapa sahaja baik dengan cara yang mulia ataupun hina tapi bila maut datang menjemput ianya tidak berguna lagi.Jadi,sementara ada kesempatan dan waktu,marilah kita sama-sama memberi  manfaat kepada orang lain,Biarlah kita pergi dengan air mata kesedihan dan jangan kita pergi sehinggakan membuat orang lain ketawa keseronokan.Daripada situ,kita dapat menilai,sejauh mana keselesaan dan kecintaan orang terhadap kita.
        Orang yang berjaya sentiasa akan bahagia.Orang yang berjaya dan beriman tidak mempunyai masalah kerana mereka tidak menganggap sebarang masalah itu sebagai masalah tetapi mereka menganggap itu sebagai sebuah ujian dan dugaan.Mereka tidak melarikan diri ketika ujian itu datang sebaliknya  menghadapi ujian dan dugaan itu dengan tenang dan sabar.Kerana daripada situlah kita akan belajar tentang erti kekuatan,kesabaran dan kemanisan iman.
       Jadi teruskanlah tekad dan matlamatmu dalam hidup ini.Kerana hidup tanpa matlamat umpama menembak tanpa sasaran.Kita perlu fokus kepada sesuatu yang kita suka tapi jangan buat apa-apa sahaja yang kita suka sebaliknya buatlah apa-apa yang kita mahu selagi ianya mendatangkan kebaikan kepada kita.Teruskanlah melangkah dan menuju ke destinasi seterusnya..Jangan gentar dengan cabaran kerana cabaran itu merupakan ubat,pahit apabila dimakan tapi ia dapat menyembuhkan kita,begitujuga dengan cabaran,sukar pada mulanya tapi bahagia pada akhirnya,,Sayangku teruskanlah melangkah,,..


''Biar jatuh 7 kali bangun 8 kali''...Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu..Don't give up..Trust yourself,Believe yourself,You can do it!!!!!!!...Bravooo!!!!ahsanti!!!!....

Sunday, 17 November 2013

Kerana Cintaku Padamu.....

3 tahap ikhlas daripada Imam Al-Ghazali :
1) Melakukan suruhan Allah kerana takut kepadanya
(Tahap seorang hamba)
2) Melakukan suruhan  Allah kerana mengharapkan
pahala (Tahap seorang pedagang)
3) Melakukan suruhan Allah kerana cinta kepadanya
(Tahap seorang kekasih)


Kerana cintaku pada-Nya,
Ku akan abdikan diri ini hanya untukNya,
Ku serahkan hati  dan cinta ini hanya padaNya,
Ku bersujud dalam setiap tahujjud,
Semata-mata cintaku pada-Nya…

Kerana cintaku pada-NYA,
Ku ingin menjadi kekasihMu,
Ku ingin menjadi hambaMu yang solehah,
Ku ingin menjadi pejuang agama-Mu..

Kerana cintaku pada-Mu,
Berikanlah daku secebis kasihmu,
Sematkan taufik dan hidayah ke dalam hatiku,
Moga setiap langkahku sentiasa dalam barakahMu,
KERANA CINTAKU PADAMU...

Jom audit diri kita...Kerana cinta kita KepadaNya..
Janganlah takut kehilangan cinta daripada
manusia sayangku tapi takutlah
seandainya kita kehilangan cinta daripada
ALLAH S.W.T...

Kerana cintaku padanya,
Moga kemanisan iman tersemat,
Dihati ini untuk selamaNya....


                                              

Friday, 15 November 2013

Refleksi Diri


Buat diri ini dan juga sahabat-sahabatku yang dikasihi kerana Allah s.w.t...Pilihlah jalan untuk bahagia.Bahagia itu milik kita!..Sentiasalah husnuzon (bersangka baik) dengan orang lain.Ingatlah sayang,manusia ni tidak sempurna,tidak lepas daripada melakukan dosa.,Jadi,sentiasalah munasabah diri agar menjadi lebih baik daripada semalam...Jika kita ada buat salah dengan manusia,mintalah maaf daripada mereka..Hindarkan diri kita daripada perasaan dendam,hasad dengki kerana perasaan ini akan menjadi racun yang berbisa dan akan memusnahkan amal  kita...Walaupun mereka,menyakiti hati,berbuat jahat pada kita,tetaplah tersenyum,bersabar.Anggaplah ini semua dugaan daripada-NYA yang mahu menduga keimanan kita..Bersangka baiklah pada-NYA....Hindarkanlah diri kita daripada penyakit hati.Jaga hati kita dengan sebaik mungkin dan sentiasa ''revolusi'' hati kita supaya menjadi lebih baik..Saidina Ali ada berkata ''Cintailah orang yang engkau cintai itu sekadarnya sahaja,siapa tahu dia akan menjadi orang yang engkau benci pula dan bencilah orang yang engkau benci itu sekadarnya sahaja,siapa tahu dia akan menjadi orang yang engkau cintai pula"..Bersederhanalah dalam setiap perkara,sesungguhnya hidup dalam kesederhanaan itu indah...



                    
      Sentiasalah mencari penghargaan Allah,bukan penghargaan manusia...Letakkan Allah s.w.t nombor      1,yang paling atas dalam hati kita.Setiap yang berlaku dalam hidup ini,serahkan dan kembalikan hati dan diri kita pada Allah s.w.t...Mudah-mudahan kita menjadi hambanya yang soleh dan solehah..aminn..Refleksi diri,tranformasi hati,revolusi minda ke arah jalan yang diredhainyaa..

Monday, 21 October 2013

Hanya ALLAH...

Andai hati bisa berbicara,
Diri ini penuh dengan noda,
Andai hati ini malap tanpa cahaya,
Biarkan kalam illahi menjadi sinarnya..

Andai diri ini buruk dimata mereka,
Usahlah bimbang sayangku,
Biarkan sahaja diri ini menjadi high class di mata-NYA,
Hidup akan lebih indah,
Hanya dengan mencintai-NYA..

Andai cinta dunia yang kita kejar,
Kita tidak akan mendapat apa-apa melainkan dunia semata-mata,
Andai cinta illahi yang kita impi dan dambakan,
Cinta-NYA lah  kekal abadi yang akan menjadi milik kita..

Biarkan sahaja  putaran masa menentukan segalanya,
Biarkan sahaja cinta ini hanya untuk Allah s.w.t selamanya...


Biarkan sahaja diri ini melabuhkan cinta,
Hanya untuk insan yang berhak sahaja,
Putaran waktu dan takdir akan menentukan segalanya,
Semoga Allah s.w.t. memelihara kesucian cinta kita daripada dinodai,
Berjihadlah dengan hati dan perasaanmu sayang,
Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa bersama kita...

                                             

 Cinta kerana Allah,
Sungguh indah,
Tersingkap sejuta kemanisan,
Terhapus sejuta kepahitan,
Setiap langkah kaki di iringi barakah,
Bahagia hingga ke akhirnya...
InsyaAllah...Aminnn...






Saturday, 19 October 2013

Sentiasa Positif dalam hidup

Dalam hidup ini,kita akan mengharungi pelbagai ujian dan cabaran.Jangan pernah sesekali mengeluh disaat kita berdepan dengan ujian itu kerana Allah s.w.t ingin menguji tahap keimanan kita.Harungilah ia!.walaupun getir,susah tetapi tetapkanlah pendirianmu sayang kerana orang yang hebat adalah orang yang berani berdepan dengan ujian yang menimpa.Mungkin pahit,sulit pada mulanya tetapi insyaAllah pada akhirnya akan tersembunyi sejuta kemanisan.Bersyukurlah kerana Allah memilih kita.Itu kerana Allah menyayangi kita.

Walau apapun ujian yang dilalui,jangan pernah menyesal  dan mengeluh kerana ia akan mematangkan kita.Mungkin daripada itu,kita akan dapat belajar sesuatu yang sangat berharga.Dan apa yang penting,kita haruslah sentiasa positif kerana setiap masalah yang menimpa pastinya ada jalan penyelesaiannya.Jangan anggap ia sebagai masalah kerana orang yang bermasalah sahaja yang mempunyai masalah.Anggaplah ia sebagai ujian untuk menguji tahap keimanan kita.

Walau apa sekalipun masalah yang menimpa kita,berdoalah kepada Allah s.w.t.Mengadulah padanya!..walaupun seluruh manusia membenci kita,tetapi ingatlah Allah s.w.t tetap ada untuk kita..
Teruskanlah tersenyum kerana kita dilahirkan untuk bahagia.Bahagia itu milik kita..happy  alwayssss!!!!..




                                                                                                                                  

























.







Wednesday, 16 October 2013

Teruskan Melangkah

    Kadang-kadang hidup ini penuh dengan kejutan.Sometimes,sesuatu yang tak dijangka tulah yang akan terjadi dalam hidup kita. Ini kerana,Perancangan Allah s.w.t itu lebih baik daripada perancangan kita.Yang kita rasakan terbaik itu tak semestinya baik  dan kadang-kadang yang dirasakan baik itulah yang terbaik untuk kita.Dalam mengambil apa-apa keputusan Doa tulah yang penting sebab doa tu senjata bagi orang mukmin..
       Aku juga pernah mengalami delema dalam membuat keputusan.Hati ini terbelah bahagi.Namun hanya doalah yang menjadikan aku kuat untuk terus melangkah.Aku ingat lagi,time tu lepas keluar result SPM hati ini terbelah bahagi sama ada nak ke matrikulasi ataupun ke UMT (Universiti Malaysia Terengganu).Ikutkan perancangan aku dan kawan-kawan,kami nak sambung belajar ke matrikulasi lepas spm dan alhamdulillah aku berjaya mendapat tempat ke matrikulasi Kedah di Changlun.Memang time tu,kami nak pergi sangat-sangat memandangkan ramai antara kawan-kawanku yang dapat Matrikulasi yang sama dengan aku.Namun,abahku lagi menggalakkan aku untuk ke UMT.Aku tak tahu nak pilih yang mana!..antara keinginan dan hasrat!??..Yang mana aku patut pilih?..Aku takut pilihan yang aku buat boleh menggadaikan masa depan aku.Betulkah pilihan ni??...Hanya istikarahlah yang menjadikan aku kuat dan yakin.
          Akhirnya dalam keterpaksaan aku mengambil keputusan untuk ke UMT.Aku harap keputusan yang aku ambil ni betul.Dalam pada masa yang sama,aku sedikit terkilan melihat kawan-kawan baikku melanjutkanpelajaran ke sana tapi cepat-cepat aku tepis.Hidup perlu diteruskan,langkah kaki untuk menuntut ilmu dijalan Allah s.w.t harus dimulakan.Aku bangkit dengan semangat baharu walaupun hati ni masih lagi terluka dengan keputusan ini.Aku cuba menguatkan semangat,menjadi seorang yang sentiasa optimis dan bersangka baik kepada Allah s.w.t serta mengikhlaskan hati dengan keputusan ini.
          Dan akhirnya,aku sudah mula menerima keputusan ini sedikit demi sedikit.Tak kiralah dimana-mana pun kita belajar,niat kita cuma satu untuk menuntut ilmu dijalan Allah s.w.t.Ilmu dibumi Allah ni sangat luas.Terokailah ia.Kadang-kadang Allah s.w.t mencampakkan kita disesuatu tempat itu bersebab,ada hikmah disebaliknya.Lihatlah dengan mata hati.Dan sekarang aku nampak hikmah yang tersembunyi disebalik perancangan-NYA itu.Sungguh Indah dan menakjubkan.Alhamdulillah.
          Pejam celik,,,pejam celik,,dah habis sem satu aku di UMT.Sekejap jee masa berlalu!.Walaupun aku belajar ditempat kelahiran aku Terengganu tapi ini merupakan memori yang sangat indah dan tersembunyi sejuta hikmah.Dalam hidup ini,kadang-kadang Allah s.w.t tak bagi apa yang kita inginkan tapi dia bagi apa yang kita perlukan.Bersangka baiklah pada-Nya.

                                                                                                                          -salam sayang-
    

Tuesday, 15 October 2013

PERCAYA DAN YAKIN

       Dalam mengambil sesuatu keputusan dalam hidup ini,kita haruslah yakin dan percaya akan kebolehan diri kita sendiri.Keyakinan merupakan teras dan tunjang utama dalam mengambil sesuatu keputusan.Walau apa-apa pun jalan yang kita plih kita haruslah yakin dan percaya.Yakinlah pada diri sendiri sepertimana kita yakin adanya Allah s.w.t.


        Jika kita gagal plan A,plan B masih terbuka untuk kita,jadi teruskanlah dengan matlamat dan impian yang kita bina,kerana keyakinan yang sebenar terletak pada diri kita sendiri.Diri kita sendiri yang mempunyai kunci penggerak diri kita,jadi carilah kunci itu dan bukakan lah ia,supaya kita sentiasa ada sinar dan harapan untuk terus melangkah di bumi Allah s.w.t ini.

      Jangan sibuk melihat orang lain tetapi sibuklah melihat diri sendiri.Fikirkan hala tuju diri sendiri,dan fokus pada apa-apa yang kita mahukan.Letakkan target dalam diri kita,target untuk mencapai apa-apa yang kita inginkan,dan usahalah ke arahnya,kerana kejayaan yang sebenar adalah apabila kita mampu mengubah diri kita sendiri kearah kebaikan.

       Semoga perjalanan untuk menuntut ilmu dipermudahkan oleh Allah s.w.t.Allah akan selalu bersama kita walau dimanapun kita berada,yakinlah pada diri sendiri sepertimana kita yakin Allah itu ada.Always be positive.Tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini,semuanya menjadi tidak mustahil jikalau kita berusaha,inshaAllah kita akan berjaya.Menuntut ilmu itu,kerana Allah s.w.t,mudah-mudahan Allah s.w.t memberikan nikmat ilmu kepada kita semua..Amin.....