Saturday, 23 November 2013

Indahnya Jalan Dakwah



         Hatiku terdetik untuk benar-benar mengenali bidang dakwah semenjak aku melangkah kaki kealam sekolah menengah (tingkatan satu).Aku tertarik dengan keindahannya.Semangat ini semakin berkobar apabila aku ditempatkan di kelas Bahasa Arab.Alhamdulillah ,aku diberi kesempatan untuk mempelajari bahasa syurga.Dan sejak daripada itu,aku jatuh cinta terhadap dunia dakwah.Walaupun pada usia semuda itu,aku tahu ilmu ini masih lagi cetek,tapi dengan sentiasa mendekati,mempelajari sesuatu daripada ustaz dan ustazah di sekolah, jalan itu terbuka dan menjadi mudah bagiku.Alhamdulillah.
          Bidang ini juga membolehkan aku menimba banyak ilmu.Sentiasa belajar,belajar dan belajar.Aku juga dapat mempelajari sesuatu daripada pengalaman sahabat-sahabatku.Pengalaman mereka telah menjadikan diri ini semakin matang dalam menilai yang mana permata ataupun kaca.Walaupun aku,bukan berasal daripada sekolah agama tapi bagi  aku jalan dakwah tu adalah satu tanggungjawab yang harus kita pikul sebagai seorang muslim.
            Daripada mereka juga aku tahu apa itu makna kehidupan.Penuh dengan cabaran,penuh dengan liku-liku dan dengan adanya kekuatan yang membara,sentiasa positif dalam hidup,insyaAllah kita mampu mengharungi jalan itu.Ada juga,diantara sahabat-sahabatku berkongsi masalah,meminta nasihat daripadaku.Aku tahu diri ini belum cukup baik  untuk mentarbiyah tapi dengan ilmuku yang sedikit ini,aku akan kongsi dan sampaikan apa yang aku tahu.Berada di kelas aliran arab,membolehkan aku mentarbiyah diri ini agar menjadi lebih baik,sentiasa belajar,belajar dan belajar..Disebabkan penampilan aku yang bertudung labuh,sahabat-sahabat akan mencari aku jika membabitkanpersoalan berkaitan dengan soal agama  dan disebabkan itulah aku sentiasa belajar,menimba ilmu menerusi buku-buku ilmiah dan juga para ustaz dan ustazah disekolah.Aku tahu diri ini belum cukup baik tapi aku akan berusaha menjadi yang terbaik.
            Jalan dakwah ni,penuh dengan cabaran tapi disebalik cabaran itulah kita akan dapat sesuatu yang berharga.Pahit pada mulanya dan manis pada akhirnya..Siapa lagi nak menghidupkan jalan dakwah kalau bukan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini???...Cuba kita Tanya balik diri kita,apa tujuan kita yang sebenarnya hidup di muka bumi Allah s.w.t ini???..Adakah untuk menikmati dunia ni semata-mata??..Ingatlah wahai diri ini dan juga para sahabat ,dunia ini hanyalah sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi..Jadi fokus apa yang kita mahukan dalam hidup ini.Dalam dakwah,aku berpegang pada kata-kata ustaz Pahrol Muhammad Juoi.Sangat menyentuh hati.
                               Berusaha memperbaiki diri disamping menyeru orang lain,
                               Kerana berusaha menjadi lebih baik,
                               Walaupun belum baik adalah,
                               Lebih baik daripada tidak berusaha,
                               Lansung…
                               Dengan berdakwah belum tentu,
                               Kita menjadi orang yang baik,
                               Tetapi dengan meninggalkannya sudah tentu,
                               Kita akan menjadi orang yang jahat..
Jadi buat diri ini,marilah kita sama-sama mentarbiyah diri kita…JOMMMM!!!!...

             Semasa berada di tingkatan 5,diri ini telah diberikan amanah untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi  Kelab Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab.Dan pada ketika inilah pelbagai cabaran yang aku tempuhi,diuji dengan pelbagai ujian..Tapi ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus menyambung  perjuangan rasululluallah s.a.w.Aku bersama rakan-rakan dan juga Panatia pendidikan islam disekolahku berusaha  meyampaikan dakwah melalui artikel.Dan artikel-artikel tu,akan ditampalkan disetiap kelas.Ku harap dengan cara begini hati mereka akan tersentuh walaupun sedikit..

             Dan Alhamdulillah,di Universiti ini aku diberikan amanah sekali lagi untuk meneruskan perjuangan dakwahku.Allah s.w.t telah memilihku untuk menjadi salah seorang sahabat masjid di sini.Aku berharap diri ini akan terus ditarbiyah dan mentarbiyah..AMIN2X……


                                   

     
                   
                           
Ni time taaruf bersama sahabat masjid
yang lain..Sangat menyeronokkan.
ukhwah fillah...InsyaAllah...
Bersama sahabat-sahabat masjid
muslimat...
Ni antara sahabat masjid muslimin yang hadir masa
sesi taaruf hari tu..

Alhamdulillah yang tidak terhingga ku panjatkan kepada Allah s.w.t kerana memberikan kepadaku kesihatan yang baik untuk terus beribadat kepadanya.Syukur juga kerana Allah s.w.t telah menghadirkan rasa cinta terhadap dunia dakwah ini ke dalam hatiku...Moga diri ini terus diberikan kekuatan untuk terus mentarbiyah dan dan tidak lupa juga ditarbiyah....

Dan ingatlah wahai diri ini dan juga para sahabat 
Bahawa Imam Hassan Al-Basri ada berkata ;

''Jangan pula kamu merasa tenteram dari bahaya
dosa-dosa yang kamu lakukan,kerana 
sesungguhnya kamu tidak mengetahui
apakah Allah mengampuni dosa-dosa 
kamu tersebut atau tidak"..

Waallahualam...
 


No comments:

Post a Comment