Thursday, 29 May 2014

#Throwback 5 Alpha 2011/2012


Setiap subjek ada  ceritanya,setiap orang ada ragamnya…
Hah nak cerita,
Dengar ye teman-temanku,
Ni kelas 5 Alpah 2011/2012.
Dulu-dulu punya cerita..

Bila tiba time Kimia,
Semua pakat terketar-ketar,
Bila dalam makmal,
Selagi boleh rapat,hah duduk rapat-rapat,
Yang jauh nun disana,
Mai rapat-rapat lagi,
Kalau boleh bia tak da oksigen,
Yang ni kelakar,
Time teacher Tanya soalan,
Cam nak luruh jantung,
Tangan mak aii,sejuk macam ais,
Dup..dap..dup..dap…
Yang lain tu,dup doa dalam hati
‘janganlah teacher Tanya aku,jangan teacher Tanya aku”.
Pakat duk ulang watt tuh….

NI pulak time biologi,
Pergi makmal bersama senyuman,
Kalau topic hati berkenan,
Terkedek kedek bawak buku ditangan,
“’wahahhahhawahhhahahhawahhahahha””
Kalau dah ketawa tak pandang kiri kanan,
Pakat straight jah tak da traffic light,,
Time sir marah datang lambat,
Semua pakat tunduk,
Tayang buka sposen,,

Hah ni time Fizik tercinta,
Menyalin nota dgn jayanya,
Bila di Tanya,
Semua pakat diam,
Tanya faham,angguk,jawab “faham cikgu”
Hah bila time exam,
Nak habaq mai,
Result tinggi,tinggi wow,,
Bravo..bravoo..bravo,,
Macam cantik jee,macam comelnye,
Dakwat pen merah…

Bila disebut guna kalkulator,
Tak da lain dah,
Addmath la jawabnya,,
Ni nak crita bila time addmath,
Duk pakat garu kepala,
Hang tengok aku,aku tengok hang,
Cikgu duk ajar kat depan,
Kita kat belakang ni tersengih-sengih,
Buat-buat faham,
Bila time exam,
Kertas putih melepak,
Tak payah guna pemadam,liquid,
Dah terlampau genius,,
Hohohohohohohhohohoh..

Bila sebut Bahasa Melayu,
Semua pakat duk mendayu-dayu,
Sasteranya maik aihhh,
Kalah A.Samad Said,
Cikgu suruh mengarang,
Kita duduk bersembang,
Bila suruh hantar,
Mula duk gaduh,
Tersengihh-sengih kalau boleh gusi tu nak terkeluar…

Ni lain pula ceritanya,,
Masa pendidikan islam,
Yang ni paling sadis,
Bila ustazah duk ajaq kat depan,
Kita ni duk pakat di lamun mimpi,
Kalau kene cara,
Terkeluar air liur basi,
Yang ni paling best,
Bukan setakat sejarah dunia,
Melodi,galaksi,hip tv duk pakat campur dalam tu,
Gosssssippppppp panas gituhh,,
Dari tak tau apa2x jadi tau semuanya,
Seronok blajar sejarah nih,
Pakat dup gossip sakan,
Wat ni duk kata lagu tuu,
Wat ni duk kata lagu nie,
Hah,,bergaduh lah hampa,
Last skali,gelak sakan,,

Hah,ni time bahasa inggeris,
Boleh pulak teacher yg sporting,
Apalagi meriah la kelas,
Tapi  kita kalau bab grammar,
Macam hancurrrrrrsssss jeeee ,
Tu baru grammar,kalau suruh sebut satu-satu,
Mau terkehel lidahnya
Dahsyat bahasa inggeris kita…

Last skali time matematik,
Syok habis,,
Bila suruh buat kat depan
semua pakat kepala letak bwah meja,
Tapi apa-apapun matematik memang best,

Hah,bila blaja ade la exam,ujian,peperiksaan or whatever laa,
Hah bila time tu,
Semua pakat toleh kiri kanan,
Ppstt,,ppssttt,,psstttt,,pppsssttt,,
Wat ni dup panggil,,
‘’nombor 1,14,17 gape”
Wat ni bagi isyarat tangan,
Kalau naik satu jari tu A,Dua jari tu B,
Tiga jari tu C,Empat jari tu D,
Tu diaaaa,,
Mcam ada pengalaman,,,
Banyak taktik,
Kalah professor,
Kalau ingat balik,
Ishh,senyum sorang-sorang….

Tulah dia keluarga alpha 2011/2012,,
Banyak lagii nak di ceritanya,
Tapi to be continued la ye,,,
Bia suspen gitu,,
Tunggu kemunculan seterusnya……
Hahahahahahhahahahahhahaha………….

No comments:

Post a Comment